Sunday 4 December 2011

Sifir 9



Sifir 7



Sifir 8



Sunday 6 November 2011

Upin&Ipin (Selamat Hari Jadi)





Permainan Untuk Kanak-Kanak

Permainan Untuk Kanak-Kanak

Permainan Untuk Kanak-Kanak


Funny Video




Saturday 5 November 2011



Tuesday 1 November 2011


Sunday 30 October 2011

STRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK DALAM BILIK DARJAH


1. Pengajaran Secara Kelas
Kaedah ini sesuai digunakan pada peringkat permulaan pelajaran (set induksi), perkembangan konsep dan kemahiran atau penyimpulan pada akhir pelajaran.  Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seluruh kelas.  Pada peringkat permulaan pelajaran, murid-murid berkumpul di ruang pembelajaran yang biasanya terletak di depan kelas untuk mendengar arahan supaya menjalankan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru.  Selepas murid-murid sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki, mereka akan diarah balik untuk menjalankan aktiviti kumpulan.

2.  Pengajaran Secara Kumpulan
Dalam pengajaran Matematik sekolah rendah, aktiviti kumpulan biasanaya dijalankan selepas pengajaran secara kelas, iaitu apabila murid-murid telah menerima arahan atau pengajaran guru.  Mereka akan duduk di tempat yang dikhaskan untuk menjalankan aktiviti kumpulan.  Aktiviti yang dijalankan oleh setiap kumpulan adalah berasaskan kepada satu topik yang sama, tetapi mempunyai peringkat kesukaran yang berlainan.
             
           Dalam pengajaran Matematik sekolah rendah, aktiviti kumpulan biasanya dijalankan selepas pengajaran selepas kelas, iaitu apabila murid-murid telah menerima arahan atau pengajaran guru.  Mereka akan duduk di tempat yang dikhaskan untuk menjalankan aktiviti kumpulan.  Aktiviti yang dijalankan oleh setiap kumpulan adalah berasaskan kepada topik yang sama, tetapi mempunyai peringkat kesukaran yang berlainan.

            Selain daripada kumpulan mengikut kebolehan, terdapat juga satu jenis kumpulan yang lain dinamakan kumpulan pelbagai kebolehan.  Kumpulan jenis ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kebolehan dan kecenderungan yang berbeza.  Tujuan mendirikan kumpulan pelbagai kebolehan adalah memberi peluang kepada murid-murid yang cerdas untuk membimbing murid-murid yang lain dalam aktiviti kumpulan atau permainan. 

               Untuk menghasilkan keberkesanan dan mencapai objektif pelajaran kumpulan, garis panduan berikut harus diikuti semasa menjalankan aktiviti secara kumpulan:

i)  Pembahagian murid-murid untuk kumpulan mengikut kebolehan harus berdasarkan kepada kebolehan pembelajaran dan daya penyerapan murid-murid.


ii)  Sebelum memulakan aktiviti kumpulan, berikan arahan yang jelas, ringkas dan tegas kepada kumpulan masing-masing, demi mengelakkan sebarang kekeliruan serta menjamin aktiviti kumpulan itu dapat dijalankan dengan lancar. 



iii)  Peraturan-peraturan untuk menjalankan aktiviti kumpulan harus ditetapkan dan diberitahu kapada murid-murid terlebih dahulu.  Aktiviti kumpulan akan dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan jika peraturan-peraturan itu telah dipatuhi oleh murid-murid dalam kumpulan mereka.


iv)  Melantik ketua-ketua kumpulan untuk menolong guru menjaga disiplin, mengedar dan mengutip bahan-bahan pembelajaran serta memberi arahan tentang cara menjalankan aktiviti kumpulan.


v)  Menyediakan aktiviti tambahan bagi murid-murid yang boleh menyempurnakan kerja mereka lebih awal, demi memastikan semua murid telah menggunakan masa mereka dengan sepenuh dan berfaedahnya.


vi)  Sungguhpun lebih banyak masa diperuntukkan untuk memberi bimbingan kepada kumpulan lambat, kumpulan yang lain juga patut diberi layanan yang sewajarnya.  Dengan cara ini, murid-murid dalam setiap kumpulan akan berasa mereka juga diberi perhatian.



vii)  Bagi aktiviti kumpulan, guru hars menilai hasil kerja tiap-tiap kumpulan dan berbincang dengan murid-murid secara kelas supaya semua murid boleh mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh tiap-tiap kumpulan.



viii) Selepas aktiviti kumpulan, guru harus menilai hasil kerja tiap-tiap kumpulan dan berbincang dengan murid-murid secara kelas supaya semua murid boleh mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh tiap-tiap kumpulan.


ix)  Penilaian aktiviti pembelajaran murid dalam setiap masa harus diadakan supaya pertukaran di antara murid-murid berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka boleh dibuat dari semasa ke semasa.


x)  Pastikan murid-murid tidak menjadi sombong atau merendahkan diri kerana diletakkan dalam kumpulan tertentu.


3.  Pengajaran Perseorangan
Pengajaran perseorangan diadakan khas untuk murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajarannya.  Pengajaran ini biasanya dijalankan semasa murid-murid membuat latihan bertulis dalam kelas atau murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan.  Guru harus mengenalpasti murid yang menghadapi masalah dalam kerja kumpulannya dan mengajarnya secara perseorangan.  Cara ini akan membantu murid yang berkenaan mengatasi kelemahannya dan mencapai peringkat yang setaraf dengan murid-murid yang lain.





4.  Pengajaran Secara Kelas Bercantum
Kelas bercantum atau kelas cantuman ialah kelas yang terdiri daripada lebih satu tahun persekolahan.  Kelas jenis ini didirikan kerana jumlah bilangan murid kurang mencukupi untuk diletakkan dalam sesuatu kelas bagi setiap tahun persekolahan.  Guru yang mengajar kelas cantuman ini terpaksa mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan dalam waktu yang sama.
             
           Berikut ialah beberapa garis panduan yang berhubungan dengan strategi pengajaran dalam  kelas bercantum:

i)  Penyusunan meja-kerusi dan alatan haruslah sepadan dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Oleh sebab umur dan kebolehan murid-murid dalam kelas bercantum adalah berbeza, pelbagai cara pengajaran seperti pengajaran kelas, kumpulan dan perseorangan patut digunakan untuk mencapai objektif pelajaran.


ii)  Banyak bahan bantu mengajar harus disediakan.  Kekurangan alat bantu mengajar akan menjejaskan pencapaian taraf yang diharapkan.  Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar dengan cekap, jika tidak, ia akan menimbulkan masalah disiplin di kalangan murid.


iii)  Pastikan setiap orang murid mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.  Lantikkan ketua-ketua darjah untuk membantu guru menjaga disiplin kelas mereka.


iv)  Aturkan strategi mencantum kemahiran dengan menggunakan pendekatan yang sama untuk mengajar murid-murid dalam dua atau tiga tahun persekolahan dalam waktu yang sama.  Strategi mencantum kemahiran yang sama atau hampir sama bagi setiap waktu pelajaran adalah dianggap sebagai stragegi yang sesuai digunakan untuk mengajar kelas bercantum.  Jadual di bawah menunjukkan cara cantuman kemahiran bagi pelajaran Matematik Tahun 1, 2 dan 3.


Bil
Kemahiran Nombor dan Operasi Nombor
Unit
Tahun 1
Unit
Tahun 2
Unit
Tahun 3
1
II
Mengenal nombor1-10
II
Mengenal nombor
100
V
Mengenal nombor
1000
2
III
Operasi tambah dalam lingkungan 10.
III
Operasi tambah kurang 100.
VI
Operasi tambah kurang 1000.
3
III
Operasi tolak dalam
lingkungan 10
IV
Operasi tolak kurang
100.
VIII
Operasi tolak kurang
1000.

v)  Aturkan strategi pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum dengan cara yang sesuai.  Biasanya, guru boleh gunakan kaedah kelas bercantum dengan kaedah kumpulan untuk mengajar murid-murid dalam kelas bercantum.  Misalnya, bagi satu kelas becantum yang mengandungi Tahun 1, 2 dan 3, guru boleh menganggap kelas bercantum terdiri daripada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan A (Tahun 1), Kumpulan B (Tahun 2) dan Kumpulan C (Tahun 3).  Guru boleh mengajar murid-murid Tahun 1 secara kelas terlebih dahulu, sedangkan murid-murid Tahun 2 dan 3 bolehlah menjalankan aktiviti secara bersendirian.  Kemudian guru beralih pengajarannya untuk murid-murid Tahun 2, sedangkan murid-murid Tahun 1 dan 3 membuat kerja sendiri.  Apabila guru mengajar murid-murid Tahun 3, murid-murid Tahun 1 dan 2 pula disuruh buat kerja sendiri.

            Jadual di bawah menunjukkan pengurusan kaedah kelas bercantum dengan kaedah kumpluan dalam 2 waktu pelajaran Matematik.


Waktu
Minit
20
20
20

Tahun 1
X
X

Tahun 2
X
X

Tahun 3
X
X

Petunjuk:
√   pengajaran guru secara kelas
X  aktiviti sendiri